SEBENARNYA, Cik Bunga pun terkejut juga semasa menerima perkhabaran ini baru-baru ini.
Bukan apa, lebih kepada macam tidak percaya apabila ada sumber beritahu yang penyanyi kesayangan ramai, Siti Nordiana kononnya sudah berkahwin dan bergelar isteri kepada orang industri seni juga.
Berkali-kali Cik Bunga cuba hadamkan perkhabaran itu sebab mengenali penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Nana ini.
Tidak mungkinlah dia berkahwin tanpa memaklumkannya kepada semua rakan media.
Kononnya, apa yang menguatkan gosip itu sehingga ia menjadi cakap-cakap belakang orang industri seni hiburan ini adalah apabila ada ketika Nana pernah memanggil individu tersebut dengan panggilan ‘sayang’ ketika berada di acara hiburan.
Cik Bunga cuba husnuzon, mungkin sebenarnya orang itu tersalah dengar. Mungkin sayang yang dipanggil dan dimaksudkan itu ialah anak tunggalnya.
Anak Nana selalu sahaja menemani Nana ke mana-mana acara bukan? Entah-entah ada yang tersilap dengar dan tersalah sangka.
Bukannya Nana panggil lelaki lain sayang, entah entah panggilan itu untuk anaknya. Tapi tak akanlah disebabkan itu Nana dikatakan sudah berkahwin?
Belum cukup kuat untuk membuktikan dia kini sudah bergelar isteri orang. Pandai-pandai sahaja orang yang buat cerita itu.
Cik Bunga percaya, Nana kalau betul hendak berkahwin dia akan maklumkan kepada semua. Tidak ada motif dia mahu kahwin sorok sorok.
Sah-sah orang akan tahu juga. Sedangkan orang yang kahwin di Siam pun kita boleh dapat tahu, ini pula Nana yang popularitinya sedang mencanak. Tunggulah, kalau ada peluang bertemu Nana, kita tanyakan.