Sistem Maklumat Hospital tingkat kecekapan rawatan siap 2028

PARLIMEN: Sistem Maklumat Hospital tingkat kecekapan rawatan siap 2028

LUKANISMAN Awang Sauni
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan melaksanakan Sistem Maklumat Hospital (HIS) berasaskan awan (cloud base) di fasiliti kesihatan seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan sasaran siap sepenuhnya pada 2028.  

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pelaksanaan HIS melalui sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) merupakan langkah strategik Kementerian Kesihatan dalam menangani beban pesakit yang terlalu ramai di hospital dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan rawatan.  

“Dengan HIS berasaskan awan, kita boleh memastikan pengurusan data pesakit lebih cekap dan selamat. 

“Ia juga akan memudahkan perkongsian maklumat antara fasiliti kesihatan yang berbeza,” katanya di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang memintanya menyatakan menangani beban pesakit di hospital termasuk meningkatkan kapasiti hospital.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, pelaksanaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif digitalisasi kementerian untuk memastikan semua rekod perubatan dapat diakses dengan cepat dan tepat oleh pihak yang berkaitan.  

“Kami berharap pelaksanaan ini akan membawa perubahan besar dalam mutu perkhidmatan kesihatan negara, selain mengurangkan masa menunggu bagi pesakit,” jelasnya lagi.  

Katanya, proses pelaksanaan ini melibatkan kerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan serta pakar teknologi maklumat bagi memastikan sistem berkenaan dapat berfungsi secara optimum.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya