PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan Sistem Pengesanan KPM (SiPKPM) yang dapat mengesan dan mengenal pasti murid berisiko tercicir daripada dunia pendidikan. Sistem itu berupaya mengesan pergerakan murid dalam keseluruhan sistem pendidikan termasuk murid tercicir, berisiko tercicir dan tidak mendapat akses kepada pendidikan. Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, SiPKPM bertujuan menambah baik kaedah pemantauan dalam mengesan dan mengenal pasti murid yang berisiko cicir dan murid cicir secara sistematik. Ia bagi membolehkan KPM mengambil tindakan segera mengatasinya dengan merancang dan melaksanakan intervensi bersesuaian. Katanya, sistem itu juga diperkukuh dengan teknologi kecerdasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya