sistem AI, MAREA elak beras putih tempatan bersubsidi 'ghaib' di pasaran

sistem AI, MAREA elak beras putih tempatan bersubsidi ‘ghaib’ di pasaran

BADRUL HISHAM MOHD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang akan mula dijual 1 Mac ini tidak akan ‘ghaib’ di pasaran.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, keyakinan itu disandarkan menerusi penguatkuasaan berterusan oleh 1,200 anggota Agensi Regulatori dan Penguatkuasaan Agromakanan Malaysia (MAREA) di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya juga memperkenalkan sistem kecerdasan buatan (AI) dengan kemampuan jejak dan pantau (tracing dan tracking) pada setiap kampit beras bagi mengelak ia disorok dan manipulasi jualan.

“Ketika ini, bekalan beras ini akan dikawal menggunakan dua lapisan kawalan iaitu MAREA dan sistem jejak dan pantau secara AI.

“Jadi kami yakin dengan kapasiti itu (dan) ditambah dengan sistem AI yang digunakan untuk membuat tracing dan tracking, maka kita yakin subsidi ini akan menitik terus kepada kumpulan sasaran,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini, pihaknya tidak dapat mendedahkan lagi sistem jejak dan pantau itu kerana masih di peringkat rintis.

“Setiap pek beras akan dilengkapi kod keselamatan seakan kod QR di mana penjejakan secara langsung boleh dilakukan dengan hanya mengimbas kod itu.

“Ia seperti kod QR, tetapi lebih maju dan baik daripada itu. Kami tidak boleh umumkan di sini.

“Pasukan penguatkuasaan kami akan memantau perkara itu 24 jam sehari dan ia akan dilakukan sepanjang tempoh enam bulan pelaksanaan subsidi BPT bersubsidi itu,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pihaknya akan memastikan bekalan BPT bersubsidi itu hanya dijual kepada golongan yang disasarkan.

“Kita tegaskan akan ada arahan kepada peruncit untuk mematuhi tatacara penjualan beras putih tempatan. Dengan cara itu, pasukan saya akan turun ke bawah untuk pastikan beras ini tidak dimanipulasi.

“Saya tak boleh jamin 100 peratus, sebab kita faham mereka satu langkah lebih ke hadapan berbanding kita, namun kita yakin dengan mekanisme ini mampu uruskan dengan terbaik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya