Sindiket seludup warga Indonesia tumpas

Sindiket seludup warga Indonesia tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan migran yang dipercayai masuk ke negara ini menggunakan perairan negara susulan penahanan 71 warga Indonesia di Jalan Chow Kit dekat sini, semalam. 

Serbuan kira-kira pukul 8 malam itu dijalankan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Bridged Tengah dan Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi dijalankan bagi membanteras aktiviti penyeludupan migran di ibu negara. 

Katanya, fokus operasi membabitkan penyeludupan migran yang dipercayai keluar dan masuk dari Indonesia ke negara ini melalui jalan air yang tidak diwartakan iaitu di perairan persisiran pantai barat Malaysia.

“Hasil serbuan ke atas dua hotel bajet membawa kepada tangkapan ke atas 71 orang yang terdiri daripada 56 lelaki dan 15 wanita warga Indonesia.

“Tangkapan turut membabitkan sembilan termasuk lelaki warga Indonesia berusia 19 hingga 29 tahun dipercayai berperanan sebagai penjaga rumah penampang dan tekong darat di bawah Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007,” katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini. 

Katanya, modus operandi sindiket dengan menggunakan rumah penumpang di ibu negara sebagai transit kepada migran-migran yang hendak keluar atau masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan. 

Jelasnya, siasatan awal turut mendapati migran ditempatkan sementara di premis hotel bajet untuk dijadikan transit sebelum dihantar menaiki bot utama yang akan membawa migran ke destinasi yang dituju. 

“Tekong darat akan menguruskan perjalanan migran darı rumah penampungan sehingga sampai ke persisiran pantai.

“Hasil siasatan awal mendapati bayaran yang dikenakan masuk atau keluar ke Malaysia adalah sebanyak RM1,500 hingga RM1,800,” katanya.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007, Sek. 26J Akta ATIPSOM 2007 dan juga siasatan selari di bawah Sek. 6 (1) (c) A serta Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1956/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya