Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan lebih RM1.6 juta

Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan lebih RM1.6 juta

RAUB Selamat (dua dari kiri) menunjukkan tangki minyak diesel yang dirampas di sebuah premis di Jalan Setia 3, Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JOHOR BAHRU: Taktik sindiket penyelewengan diesel yang beroperasi di sebalik imej syarikat pengangkutan di Taman Perniagaan Setia, di sini terbongkar apabila premis tersebut diserbu polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, jenayah itu dibongkarkan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dalam serbuan pada pukul 2.30 petang.

Empat individu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 29 hingga 69 tahun ditahan dan sebanyak 44,500 liter diesel bernilai RM155,750 dirampas.

“Modus operandi digunakan sindiket yang beroperasi sejak Oktober tahun lalu itu adalah mendapatkan bekalan diesel daripada kapal tangki di tengah laut dan dipindah menggunakan bot lebih kecil.

“Diesel itu kemudian dibawa masuk melalui jeti haram sebelum dipindah ke lori tangki dan dihantar ke premis itu lalu kemudian dijual ke kilang-kilang dan syarikat pengangkutan,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau premis itu, di sini hari ini.

Raub berkata, sindiket itu juga dikesan menjalankan pemindahan diesel ke dalam tangki-tangki lebih kecil pada waktu malam untuk mengaburi pihak berkuasa kerana terdapat banyak pergerakan keluar masuk lori tangki ke premis berkenaan.

“Selain diesel, polis turut merampas tiga lori tangki, 14 tangki pelbagai saiz, empat pam elektrik serta satu pameran flow meter dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.618 juta,” katanya.

Raub memberitahu, semua suspek termasuk dua warga asing kini ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya