Siasatan kejadian di Penjara Taiping masih berjalan

Siasatan kejadian di Penjara Taiping masih berjalan

SAIFUDDIN Nasution Ismail menyampaikan sumbangan kepada prospek terpilih pada Majlis Ramah Mesra Bersama Prospek dan Keluarga Sempena Sambutan Hari Thaipusam di Penjara Sungai Petani, hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang tahanan di Penjara Taiping yang dipercayai mati akibat dipukul bulan lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis sudah membuka kertas siasatan dan sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Proses ini termasuk mengambil keterangan daripada semua yang terlibat, sama ada prospek (banduan) mahupun pegawai penjara yang bertugas pada hari kejadian, proses siasatan ini masih lagi berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Prospek dan Keluarga Sempena Sambutan Hari Thaipusam di Penjara Sungai Petani, hari ini.

Tambahnya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga telah memanggil Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan maklum balas berhubung insiden itu.

“Pada masa sama Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Seri Mohd. Hishamudin Md. Yunus ada menghubungi saya untuk menyatakan hasrat mereka berjumpa dengan pihak terlibat.

“Kita akan beri kerjasama penuh, tetapi proses ini perlu dilakukan secara tertib dan berperingkat. Apa yang penting Jabatan Penjara sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik dan memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkepentingan dalam menyiasat insiden ini,” katanya.

Terdahulu, polis merekodkan keterangan 82 individu termasuk dua pegawai penjara susulan dakwaan kes banduan di Penjara Taiping dipukul dan dibelasah hingga mengakibatkan kematian.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat dilaporkan berkata, pihaknya menerima banyak laporan mengenai kejadian termasuk laporan polis pada 17 Januari lalu.

Katanya, kes itu pada mulanya disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping dan sudah dibawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya