Shin Min Ah bukan wanita bersama Kim Woo Bin di Australia - Utusan Malaysia

Shin Min Ah bukan wanita bersama Kim Woo Bin di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Dakwaan kononnya pasangan selebriti, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah melancong bersama ke Australia adalah palsu.

Agensi pengurusan kedua-dua pelakon itu yang mengesahkan perkara tersebut memaklumkan yang dilihat bersama Woo Bin di Australia bukan Min Ah sebaliknya adiknya.

“Individu bersama Woo Bin dalam gambar yang tular adalah adiknya. Mereka sedang bercuti dengan keluarga,” jelas AM Entertainment.

Spekulasi pasangan itu bercuti bersama ke negara kanggaru hangat diperkatakan peminat selepas foto Woo Bin bersama seorang wanita tular di media sosial.

Percintaan Woo Bin dan Min Ah bukan rahsia apabila keduanya mengesahkan telah menjalinkan ikatan istimewa sejak 2015.

Malah pasangan pelakon drama Our Blues itu pernah melancong bersama, antaranya ke Paris pada tahun 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya