Serahkan senarai nama pesawah, petani yang terkesan - Anwar

Serahkan senarai nama pesawah, petani yang terkesan – Anwar

Perdana Menteri mahu senarai nama dan butiran petani atau pesawah yang terjejas dengan kenaikan harga diesel diserahkan kepadanya.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu senarai nama dan butiran petani atau pesawah yang terjejas dengan kenaikan harga diesel diserahkan kepadanya.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu sebagai langkah yang akan diambil kerajaan bagi membayar semula bantuan tunai di bawah inisiatif Budi Madani.

“Kalau ada mana-mana pesawah atau petani yang terjejas dengan kos diesel, tolong hantar nama dan kita akan bayar balik.

“Sebab dalam program Budi Madani, kita jamin untuk petani, penternak dan pesawah tidak akan terjejas,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang membangkitkan isu kenaikan harga diesel antara punca yang menekan golongan petani.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang berkata, kenaikan harga diesel perlu diseiringkan dengan kenaikan harga lantai padi.

“Apabila Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan inilah yang menaikkan harga siling, lantai padi daripada RM1,200 kepada RM1,300, saya ucapkan tahniah. Itu fakta dan saya terima hakikatnya ia sudah dinaikkan.

“Tetapi saya minta Perdana Menteri sedar pertambahan harga diesel menyebabkan pertambahan RM150. Maka naiklah harga lantai padi pada nilai yang sewajarnya,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya