Seorang lemas bot terbalik ketika menjala ikan

Seorang lemas bot terbalik ketika menjala ikan

ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Kampung Lanchang, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala tiga ahli keluarganya terselamat apabila bot dinaiki mereka terbalik sewaktu menjala ikan di sungai berhampiran Loji Lanchang di Kampung Lanchang di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan I Abdillah Hamid berkata, tiga mangsa yang selamat ialah lelaki berusia 42 tahun bersama isterinya berumur 35 tahun serta anak lelaki mereka, 10 tahun.

Ujarnya, mangsa yang dikhuatiri lemas ialah ahli keluarga tiga beranak itu berusia 21 tahun.

“Kita menerima aduan berhubung kejadian pada pukul 10.35 pagi dan seramai 12 anggota serta dua jentera dari BBP Merlimau dan Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Bomba tiba pukul 10.42 pagi dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Setakat ini tiga mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam dan diberikan rawatan awal resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh bomba dan diserahkan kepada pegawai kesihatan.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut manakala usaha mencari seorang ahli keluarga mereka giat dijalankan,” katanya.

Tambah Abdillah, pihaknya membuat tiga sektor pencarian iaitu sektor pertama di lokasi mangsa jatuh, sektor kedua di tengah sungai dan sektor ketiga di hujung muara sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya