Sembilan negara bincang hak rakyat Palestin

Sembilan negara bincang hak rakyat Palestin

SEMBILAN negara termasuk Malaysia bersidang di The Hague, Netherlands bagi membincangkan komitmen bersama me­negakkan undang-undang antarabangsa dan hak rakyat Palestin. - GAMBAR AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sembilan negara termasuk Malaysia bersidang di The Hague, Netherlands semalam bagi membincangkan komitmen bersama dalam me­negakkan undang-undang antarabangsa dan hak rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim.

Malaysia antara sembilan negara menyertai kumpulan tersebut selain Belize, Bolivia, Chile, Colombia, Honduras, Namibia, Senegal dan Afrika Selatan.

Susulan mesyuarat tersebut yang dianjurkan oleh sebuah organisasi politik antarabangsa, Progressive International, negara-negara berkenaan dijangka membentuk kumpulan The Hague dan akan mengumumkan langkah undang-undang, ekonomi serta diplomatik yang terselaras.

Ini bagi memastikan Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa termasuk tindakan berterusannya di Gaza.

“Dalam dunia di mana negara berkuasa bertindak sewenang-wenangnya, kita mesti bersatu mempertahankan prinsip keadilan, kesaksamaan dan hak asasi manusia,” katanya dalam kenya­taan akhbar semalam.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pelanggaran undang-undang oleh Israel bukan sekadar pembunuhan beramai ramai dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

“Mereka turut menyerang asas undang-undang antarabangsa yang menjadi tanggungjawab masyarakat dunia untuk mempertahankannya,” katanya.

Mesyuarat itu menghimpunkan wakil-wakil dari sembilan negara bagi meneroka tindakan bersama di peringkat nasional dan antarabangsa dalam menyokong undang-undang antarabangsa serta hak rakyat Palestin ketika krisis berterusan ini.

Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Ronald Lamola pula berkata, tindakan diambil oleh negaranya bukan bersifat hukuman tetapi pencegahan dan bertujuan memastikan pematuhan undang-undang antarabangsa serta melindungi golongan rentan.

“Pembentukan kumpulan The Hague menandakan titik perubahan dalam tindakan balas global terhadap sikap pengecualian dan kemerosotan meluas undang-undang antarabangsa.

“Ia menyampaikan mesej jelas bahawa tiada negara boleh bertindak di luar batas undang-undang dan tiada jenayah akan dibiarkan tanpa tindakan,” jelasnya.

Menteri Kehakiman Namibia, Yvonne Dausab berkata, dunia tidak boleh hanya bersiap sedia dan melihat.

Ini kerana, katanya, dunia sejak lebih 75 tahun lalu sudah berikrar bahawa tidak akan ada lagi penderitaan akibat kekejaman di dunia.
“Kita tidak boleh dan tidak harus memilih bulu dalam melindungi nyawa, tidak kira siapa mangsanya. Semua nyawa penting, nyawa rakyat Palestin juga penting,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya