“Semasa hendak masuk ke dalam kereta, tiba-tiba seorang lelaki mengacukan pistol”- Pemandu Ativa

“Semasa hendak masuk ke dalam kereta, tiba-tiba seorang lelaki mengacukan pistol”- Pemandu Ativa

Ditembak
ANGGOTA polis mengawal kawasan kejadian di pusat beli belah di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya minta dia simpan pistol supaya anak-anak tidak takut.

Itu detik cemas dialami pemandu Perodua Ativa berusia 30-an yang enggan dikenali apabila suspek melepaskan tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam dekat sini ‘menumpang’ kenderaannya selepas kejadian terbabit.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama isteri dan empat anak sedang makan di restoran pusat beli-belah terbabit sebelum keadaan tiba-tiba bertukar kecoh.
“Pengawal keselamatan mengarahkan kami semua segera keluar. Waktu itu, tidak tahu apa kejadian sebenar berlaku.

“Saya segera membawa ahli keluarga keluar dan ketika hendak ke tempat parkir, terdengar bunyi letupan. Awalnya, saya ingat bunyi bonggol dilanggar yang seolah-olah berbunyi seperti letupan.

“Saya anggap itu bunyi biasa sahaja dan tak sangka rupanya bunyi letupan daripada tembakan pistol,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pada masa itu, nampak banyak kereta bergerak laju.

“Semasa kami sekeluarga hendak masuk ke dalam kereta, secara tiba-tiba seorang lelaki berada di sebelah dan mengacukan pistol.

“Saya tercengang. Suspek turut melepaskan tembakan ke arah dinding untuk menunjukkan bahawa itu pistol betul,” katanya.

Katanya, mereka diarah masuk ke dalam kereta dan lelaki itu duduk betul-betul di tempat duduk belakang.

“Saya minta dia simpan pistol supaya anak-anak tidak takut.

“Lelaki itu kemudian mengarah saya ke laluan keluar sebelum turun di tepi lebuh raya.

“Dia (suspek) berada dalam kereta kira-kira 45 minit dan sebelum menghilangkan diri, dia mengambil kad memori pada ‘dashcam’ kereta,” katanya.

Media semalam melaporkan polis mengenal pasti suspek kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi sebagai lelaki tempatan yang mempunyai 11 rekod kesalahan lampau berkait jenayah dan dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata suspek juga berkulit cerah dan berusia lingkungan 30-an.

“Dia dikenal pasti hasil risikan polis dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kita sedang giat memburunya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya