Semakin ramai faham objektif RUU Mufti Wilayah Persekutuan - Utusan Malaysia

Semakin ramai faham objektif RUU Mufti Wilayah Persekutuan

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menghadiri Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semakin ramai telah memahami objektif dan tujuan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) yang mahu dibawa ke Parlimen, yang sebelum ini tertangguh susulan pelbagai kritikan yang diterima.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berpuas hati dengan keadaan tersebut, namun beliau mahu terus mengadakan sesi pencerahan kepada masyarakat berkenaan RUU tersebut sebelum dibentangkan sekali lagi di Parlimen.

“Alhamdulillah. Lebih ramai lagi yang telah memahami sebenarnya objektif dan tujuan RUU ini,” katanya kepada pemberita selepas program Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Dilaporkan sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin merupakan antara pengkritik RUU tersebut kerana menurutnya kebanyakan besar umat Islam tidak faham berkaitan kerangka Ashairah dan Maturidiyyah yang ingin dijadikan sebagai identiti Ahli Sunnah wal Jamaah.

Bacaan kali pertama RUU tersebut dilakukan pada Julai 2024 dan sepatutnya bacaan kedua dibuat pada penghujung tahun lalu sebelum ditangguhkan.

RUU tersebut telah diaturkan untuk dibentangkan semasa sesi sidang Dewan Rakyat kali ini yang dijadual berakhir pada 6 Mac, namun Mohd. Na’im melihat berkemungkinan sekali lagi ia ditangguhkan dan akan dibawa ke persidangan pada Jun 2025.

“Ruang masa yang ada ini akan digunakan untuk membuat libat urus dan memberikan pencerahan berkaitan RUU ini.

“Kita sudah menggunakan saluran radio Ikim, saluran Al-Hijrah, melalui penulisan dan mengadakan perjumpaan ahli-ahli politik untuk memberikan pencerahan. Kita akan teruskan selagi belum dibentangkan di Parlimen,” kata Mohd. Na’im. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya