Zamani berhati-hati sebelum jadi duta produk, kempen - Utusan Malaysia

Zamani berhati-hati sebelum jadi duta produk, kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zamani, 53, memaklumkan akan mengambil langkah berhati-hati dan membuat semakan latar belakang mana-mana pihak yang menawarkannya untuk menjadi kempen atau produk.

Kata Zamani atau Zamani Ibrahim, tindakan itu harus dipertimbangkan bagi mengelakkan dirinya terkait dengan isu yang menjejaskan imejnya di kemudian hari.

“Saya tidak mahu komen lebih tentang perkara ini, apa yang boleh saya sarankan, sebelum menerima tawaran menjadi duta, apatah lagi membabitkan tajaan kewangan, kena berhati-hati. Saya sebolehnya elakkan perkara itu.

“Saya simpati dengan rakan-rakan artis yang menjadi mangsa dan kemudian, terjejas, mereka tak tahu menahu mengenai perkara itu dan diluar kawalan mereka.

“Apa pun, sebagai artis, kita kena berhati-hati dan semak terlebih dahulu latar belakang mana-mana pihak yang menawarkan kerja menjadi duta produk dan sebagainya,” katanya pada sidang media konsert Slam bersama MPO, baru-baru ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekitar Januari lalu, berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan dalam operasi Ops Sky.

 Terdahulu dilaporkan, siasatan mendapati tiga selebriti, iaitu penyanyi, Ziana Zain, Datuk Jalaluddin Hassan dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha  menerima wang bayaran hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat itu bagi tujuan promosi.

 Kongsi Zamani, dia sebelum ini pernah menerima tawaran untuk menjadi duta namun mengambil pendekatan berhati-hati dan meneliti latar belakang syarikat berkenaan.

“Contoh yang terbaharu adalah menjadi duta pakej umrah sebuah syarikat pelancongan tempatan.

“Tapi sebelum terima, saya dan isteri berhati-hati, pastikan latar belakang mereka ‘bersih’, baru kami pertimbangkan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya