Seleweng 15,000 liter diesel untuk lombong bijih haram

Seleweng 15,000 liter diesel untuk lombong bijih haram

ANGGOTA KDPN melakukan pemeriksaan ke atas sebuah tangki selepas menyerbu kawasan perlombongan bijih besi haram di Kampung Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Kegiatan penyelewengan lebih 15,000 liter diesel untuk tujuan perlombongan bijih besi haram di Kampung Pasir Era, Kuala Nal di sini terbongkar selepas serbuan dijalankan oleh anggota penguat kuasa, Isnin lalu.

Serbuan yang dilakukan pada pukul 9.45 pagi itu melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3, Pengkalan Kubur berjaya menahan empat lelaki, termasuk seorang warga Indonesia.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, sebelum serbuan pihaknya mengesan sebuah lori tangki yang membawa diesel itu memasuki kawasan tapak perlombongan yang dipercayai tidak berlesen.

“Ketika serbuan, seorang suspek dilihat sedang memin­dahkan bahan api ke dalam lori. Enjin lori itu masih dihidupkan dan paip getah disambungkan ke dalam tangki lori,” katanya.

Azman berkata, pihaknya turut menyita beberapa barang bukti termasuk lori tangki, paip getah dan dokumen berkaitan transaksi jual beli diesel haram.

“Tiga daripada suspek yang ditangkap adalah pekerja, manakala seorang lagi merupakan pemborong berlesen,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengesan lebih lanjut kegiatan penyelewengan yang berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya