Selebriti, pempengaruh perlu tunjuk teladan yang baik - Utusan Malaysia

Selebriti, pempengaruh perlu tunjuk teladan yang baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menasihatkan golongan selebriti agar menggunakan pengaruh mereka dengan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.

Mohd Na’im berkata, dia percaya perkara itu secara tidak langsung mampu membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dengan bantuan golongan selebriti yang berpengaruh.

“Sebagai orang yang ada pengaruh, kita perlu bawa pengikut ke arah kebaikan. Segalanya bermula daripada diri kita sendiri untuk menunjukkan contoh-contoh yang baik.

“Nasihat saya kepada selebriti, pempengaruh dan semua pihak yang ada pengikut yang ramai untuk kita sama-sama tunjuk teladan yang baik kepada pengikut-pengikut.

“Ini supaya kita dapat satu membina masyarakat yang harmoni di negara kita yang tercinta selain membentuk masyarakat untuk membina akhlak dan budaya pekerti serta teladan yang baik.

“Itu pembinaan masyarakat madani yang diharapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi kena bermula daripada kita,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Ramadan Syawal 1446H/2025 TV Alhijrah, pada Khamis.

Semalam, Menteri Agama itu mengesahkan mengesahkan selebriti sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Kata Mohd Na’im, kedua-dua selebriti telah membuat pengakuan tersebut di mahkamah tanpa sebarang paksaan dan secara sukarela.

Aliff dan Ruhainies masing-masing dituduh di bawah Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana berkhalwat.

20 Jun 2024, Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin berhubung kes khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Pada 9 Mac tahun lalu, Aliff telah dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium milik Ruhainies ketika masih bergelar suami kepada pelakon, Bella Astillah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya