Selaras royalti perlombongan elak kebocoran hasil negara

Selaras royalti perlombongan elak kebocoran hasil negara

MOHD. SHAHAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laporan Audit Negara 2019 mendedahkan ketidakseragaman kadar royalti antara negeri, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai potensi kebocoran hasil negara.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar  Abdullah, mempersoalkan sekiranya kerajaan mempunyai perancangan untuk menyelaraskan standard kontrak perlombongan secara nasional bagi memastikan keadilan dan ketelusan dalam kutipan hasil negara.  

“Laporan Audit Negara telah mendedahkan bahawa terdapat perbezaan kadar royalti antara negeri. 

“Ini boleh menyebabkan ketirisan hasil dan menimbulkan persoalan tentang kecekapan sistem kutipan kerajaan,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong.  

Mengulas lanjut Mohd. Shahar berkata, perbezaan kadar royalti antara negeri bukan sahaja mengundang risiko kehilangan hasil negara tetapi juga boleh memberi kelebihan kepada pihak tertentu untuk mengeksploitasi jurang dalam sistem sedia ada.  

“Kita mahu kerajaan bertindak tegas dalam perkara ini kerana ia melibatkan hasil negara yang sepatutnya diagihkan dengan lebih adil dan telus. 

“Jika kadar royalti berbeza mengikut negeri, apakah jaminan bahawa tiada ketirisan yang berlaku?” soalnya.  

Beliau menambah bahawa penyelarasan kadar royalti ini penting bagi memastikan setiap negeri mendapat manfaat yang adil serta mengelakkan sebarang ketidaktelusan dalam proses perlombongan dan kutipan hasil.  

“Kami ingin tahu, apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menetapkan satu standard nasional bagi kontrak perlombongan, supaya tidak timbul ketidakseragaman yang boleh merugikan negara,” soalnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya