Sektor pengangkutan rel bakal bantu selesai masalah kesesakan jalan raya

Sektor pengangkutan rel bakal bantu selesai masalah kesesakan jalan raya

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke berucap pada pelancaran pengoperasian lokomotif dan gerabak pajakan 'Pay As Use' untuk perkhidmatan kereta api kargo di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Sentul di sini hari ini. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk memperkukuhkan program pajakan lokomotif dan gerabak bagi mempercepatkan pertumbuhan sektor pengangkutan rel, sekaligus mengurangkan kesesakan di jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan akan terus memperkukuhkan program pajakan lokomotif dan gerabak dengan kerjasama sektor swasta tempatan.

Kata beliau, usaha tersebut membolehkan pengendali kargo mengakses aset berkualiti tanpa bebanan kewangan yang tinggi, sekaligus menjadikan industri rel lebih kompetitif dan berdaya tahan.

Jelasnya, ia akan menyebabkan kadar penggunaan kereta api kargo meningkat yang kini hanya sekitar 30 peratus sahaja.

“Daripada sudut kesan terhadap alam sekitar dan keselamatan jalan raya, satu tren kargo dengan 40 gerabak boleh menggantikan sekitar 80 lori di jalan raya.

“Ini bukan sahaja mengurangkan kesesakan lalu lintas, malah meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 50g/km bagi setiap tan barangan yang diangkut,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Sentul.

Antony Loke pada hari ini meluncurkan operasi lokokmotif dan gerabak pajakan secara ‘pay-as-use’ untuk perkhidmatan kereta api kargo.

Penganjuran majlis tersebut adalah susulan kepada pemeteraian kontrak ‘pay-as-use’ yang telah ditandatangani antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan SMH Rail Sdn. Bhd. (SMH Rail) pada 16 Mac lalu

Anthony Loke berkata, beliau yakin bahawa kerjasama era tantara kerajaan, sektor swasta dan industri perbankan akan membantu industri rel negara berkembang serta menjadi pilihan utama dalam pengangkutan kargo.

“Saya juga berharap lebih banyak syarikat swasta akan mencontohi langkah SMH Rail dan menyertai usaha memperkasakan sektor ini.

“Kepercayaan penuh kerajaan terhadap keupayaan industri tempatan akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara, selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara 2030 dan strategi Road to Rail,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya