Sedia terima kritikan, jangan ‘politikkan’ video promosi VM2026

Sedia terima kritikan, jangan ‘politikkan’ video promosi VM2026

TIONG KING SING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terbuka menerima sebarang kritikan mengenai video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), tetapi tidak mahu ia dipolitikkan.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, setiap perkara perlu diteliti dengan baik terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan salah faham.

Namun, beliau berharap agar tiada pihak yang cuba menjadikan video itu sebagai isu politik.

“Bila kita buat sesuatu, pasti ada yang akan memberi komen, baik positif mahupun kritikan membina. Kita terima dan akan memperbaikinya.

“Kalau mahu kritik secara membina, kita terima. Tetapi jangan sengaja mahu mempolitikkan perkara ini sehingga sesuatu yang tidak sepatutnya menjadi isu pun dijadikan kontroversi,” katanya pada majlis pelancaran video promosi VM2026 di sini, hari ini.

Sebelum ini, video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 diputuskan untuk dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.

Video promosi tersebut menelan belanja RM1.9 juta dan dibuat melalui tender terbuka bertujuan menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke Malaysia dengan menonjolkan keindahan pelbagai destinasi di negara ini.

Tiong berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa video promosi tersebut menggambarkan kepelbagaian budaya dan kaum di negara ini.

Katanya, video itu memaparkan pelbagai destinasi menarik di Malaysia serta elemen budaya yang mencerminkan keharmonian rakyat.

“Kita mahu menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mesra dan harmoni.

“Video ini mengetengahkan pelbagai destinasi menarik serta melambangkan keunikan negara kita yang tidak diketahui pelancong luar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya