Anwar mempengerusikan mesyuarat Kabinet 

Sebaik tiba dari Bahrain, Anwar mempengerusikan mesyuarat Kabinet 

ANWAR Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri sebaik tiba ke tanah air setelah selesai lawatan kerja ke luar negara.

Perdana Menteri berkata, beliau juga berkongsikan hasil lawatannya ke Bahrain dan Brunei yang memberi impak positif kepada pembangunan negara dalam mesyuarat itu.

“Usai tiba dari Bahrain sekitar jam 5 pagi tadi, saya langsung mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri awal pagi tadi.

“Saya turut kongsikan hasil lawatan ke Bahrain dan juga Brunei yang tentunya membawa impak kepada pengukuhan dan peningkatan kerjasama dan sinergi baharu, Insya-Allah,” katanya dalam Facebook beliau.

Anwar mengadakan lawatan kerja ke Brunei dan Bahrain sejak 18 Februari lalu.

Lawatan dimulakan dengan tiba di Bandar Seri Begawan dan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang ke arah kepada Kepengerusian ASEAN 2025.

Turut menyertai sesi ini adalah bekas Perdana Menteri Thailand merangkap Ketua Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi Kepada Pengerusi ASEAN 2025, Thaksin Shinawatra.

Antara disentuh adalah terkait situasi di Myanmar dan segala ikhtiar untuk digerakkan bagi meneruskan proses penglibatan dengan semua pihak berkepentingan.

Selepas Brunei, Anwar ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menilai tahap kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain selain berpeluang meneroka bentuk kerjasama baharu.

Kerjasama ini meliputi beberapa bidang tumpuan antaranya pelaburan dan perdagangan, kewangan dan perbankan Islam, semikonduktor serta kesalinghubungan meliputi sektor pelancongan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya