SDDP bantu selesaikan isu pemprosesan sisa LRA

SDDP bantu selesaikan isu pemprosesan sisa LRA

CHOW Kon Yeow (tengah) ketika melawat Loji Penyahairan Sungai Dua (SDDP) di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Masalah pemprosesan sisa loji rawatan air (LRA) di Pulau Pinang yang berlarutan sejak 16 tahun lalu dijangka selesai menerusi kemudahan Loji Penyahairan Sungai Dua (SDDP) bernilai RM20 juta.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kemudahan itu bukan sahaja akan menyahair, malah, akan memproses serta membuang sisa LRA setiap hari tanpa menjejaskan alam sekitar.

Katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah menggesa semua operator bekalan air Malaysia termasuk Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk melupuskan sisa LRA di ‘Tapak Pelupusan Sanitari Kelas 4’ sejak tahun 2009.

Bagaimanapun katanya, beliau telah diberitahu oleh PBAPP bahawa hampir semua operator bekalan air Malaysia tidak mematuhi kerana kos pelupusan yang tinggi.

“Pada tahun 2021 sahaja, dianggarkan semua LRA di Malaysia telah menjana sejumlah 5,500 metrik tan sisa LRA sehari atau kira-kira 2.1 juta metrik tan setahun.

“Jadi, jika PBAPP mematuhi peraturan JAS, ia akan menanggung kos tambahan lebih RM90 juta setahun untuk meluluskan kira-kira 450 metrik tan sisa LRA yang belum diproses dari Sungai Dua, dengan anggaran kos RM550 setiap metrik tan.

“Tambahan kos bekalan air RM90 juta ini sudah pasti akan ‘dipindahkan’ kepada pengguna air Pulau Pinang dalam bentuk kadar air yang jauh lebih tinggi dan penambahan kos ini sudah pasti akan ‘dipindahkan’ kepada pengguna air dalam bentuk kadar air yang jauh lebih tinggi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Pembukaan Rasmi Loji Penyahairan Sungai Dua, di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir K. Pathmanathan.

Tambah Kon Yeow, PBAPP juga telah menandatangani kontrak selama 15 tahun dengan sebuah syarikat pengurusan sisa berjadual dan rawatan air sisa di LRA Sungai Dua.

“Dalam hal ini, PBAPP akan mengawasi operasi SDDP untuk memastikan kemudahan dan produk akhir mematuhi peraturan JAS,” katanya yang memberitahu, SDDP ini juga akan membantu memastikan kadar air masa depan di Pulau Pinang kekal sederhana untuk manfaat rakyat.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zulkifli Long memaklumkan, pihaknya masih belum membincangkan mengenai sebarang perubahan atau kelonggaran waktu bekerja penjawat awam di negeri itu sepanjang Ramadan nanti.

“Kita akan bincangkan secara ‘detail’ (terperinci) dan akan bentangkan kepada kerajaan negeri nanti,” katanya ringkas.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya