Scarlett Johansson gesa kerajaan AS terhadkan penggunaan AI - Utusan Malaysia

Scarlett Johansson gesa kerajaan AS terhadkan penggunaan AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon, Scarlett Johansson, menggesa pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS)  mewujudkan akta bagi mengekang fitnah dan penipuan yang berpunca daripada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Gesaan itu susulan penularan sebuah video palsu mengaitkan pelakon itu serta beberapa selebriti lain yang tular baru-baru ini.

“Sebuah video, yang menggunakan imej saya dan menampakkan seolah-olah saya mengutuk fahaman antisematik, telah dicipta menggunakan teknologi AI dan disebarkan di platform dalam talian.

“Saya tidak bertoleransi terhadap antisematik dan kebencian. Tapi saya juga percaya AI boleh menjadi punca huru hara dan berleluasanya kebencian dalam masyarakat.

“Jadi saya menyeru agar pihak berkuasa melakukan sesuatu untuk mengekang salah guna AI,” kongsinya di Instagram.

Menerusi video palsu yang tular baru-baru ini, Johansson muncul mengenakan kemejan T yang dicetak dengan imej jari tengah dan tertera nama penyanyi rap, Kanye West.

Dalam video itu, imej pelakon itu, bersama selebriti lain seperti Adam Lavine, Mila Kunis, Natalie Portman dan ramai lagi disalah guna untuk mengutuk gerakan antisematik.

Dalam kenyataannya pada Rabu lepas, Johansson yang lantang bersuara mengenai isu AI, menyeru kerajaan Amerika Syarikat agar meluluskan undang-undang untuk mengehadkan penggunaan teknologi tersebut.

“Ia adalah isu yang akan memberi kesan kepada masa depan kita,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya