Saya kongsi untuk ajak peminat sama-sama beramal- Harissa Adlynn - Utusan Malaysia

Saya kongsi untuk ajak peminat sama-sama beramal- Harissa Adlynn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Harissa Adlyn tidak ralat berkongsi aktiviti amal kebajikan di media sosial biarpun mungkin segelintir pihak melihat itu sekadar untuk menunjuk-nunjuk.

Jelas pelakon itu, dia sering terlibat dengan aktiviti amal kebajikan sejak kecil dan tidak pernah terlintas untuk menunjuk kebaikan di media sosial.

“Terpulang dengan individu itu sendiri. Memang ada yang pilih untuk tidak kongsi, mungkin mereka takut disalah erti. Persepsi orang ini pelbagai kan dan tidak semuanya baik.

“Saya sendiri tidak kisah. Bila rasa mahu kongsi, saya sekadar muat naik. Saya gunakan pengaruh yang ada untuk ajak pengguna media sosial untuk sama-sama membuat kebajikan.

“Tak pernah pula rasa nak menunjuk-nunjuk atau riak. Sebenarnya lebih ramai yang hendak sertai, tanya bagaimana mahu bantu dan beri sumbangan. Kita kena lihat semuanya dari sudut positif,” ujarnya.

Pelakon Iskandar Chempaka itu ditemui di majlis kebajikan anjuran ASIA yang turut disertai rakan-rakan pempengaruh popular dan media.

Program tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif ASIA, Datuk Abd. Rahman Soltan.

Dalam pada itu, kongsi Harissa, dia juga seorang yang mudah tersentuh dan senang menangis apabila melihat video atau berhadapan dengan situasi menyayat hati.

“Saya ini memang mudah menangis. Tengok video kucing pun saya boleh menangis. Jadi jangan buat saya nangis. Sebab itu saya selalu sertai program kebajikan sebab mahu ‘ajar’ diri.

“Tidak semua kita dilahirkan dalam keadaan senang. Ada yang diuji dengan pelbagai dugaan. Jadi saya sentiasa bersyukur dan jika ada kemampuan serta waktu, bantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Harissa berkata, dia juga bangga dengan ASIA yang sentiasa meletakkan menyediakan platform untuk rakan artis dan pempengaruh muda untuk sentiasa menyantuni masyarakat.

“Kita memang selalu di hadapan kamera tetapi bila berpeluang sertai program macam ini, memang menyeronokkan,” kongsinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya