Sarjan direman enam hari, minta wang rasuah berjumlah RM3,000

Sarjan direman enam hari, minta wang rasuah berjumlah RM3,000

PEGAWAI SPRM Pulau Pinang membawa seorang anggota polis berpangkat Sarjan (berbaju jingga) ke Kompleks Mahkamah Pulau Pinang untuk mendapatkan perintah reman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman selama enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta wang rasuah berjumlah RM3,000.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nur Suhaila Baharin di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurut sumber, suspek berusia 38 tahun telah meminta wang rasuah daripada pengadu iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun pada 11 Januari lalu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes ujian saringan air kencingnya yang positif dadah.

“Pada 19 Ogos tahun lalu, lelaki tersebut yang bekerja di sebuah kilang telah menjalani ujian air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

“Pengadu kemudian dimaklumkan bahawa ujian air kencingnya positif dadah jenis Benzo dan dia ditahan semalaman di lokap IPD Timur Laut.

“Pengadu juga telah dilepaskan dengan jaminan polis pada 20 Ogos tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber berkata, pada 11 Januari lalu, pengadu telah berjumpa dengan suspek dan ketika perjumpaan itu, suspek telah meminta wang berjumlah RM3,000 sebagai balasan untuk menyelesaikan kes ujian saringan air kencingnya.

“Kemudian, pada 12 Februari lalu, suspek telah menghubungi pengadu dan sekali lagi meminta pengadu datang ke IPD Timur Laut untuk membincangkan kes air kencing pengadu dan hal berkaitan wang rasuah berjumlah RM3,000 tersebut,” katanya.

Katanya, suspek bagaimanapun ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya