Sanusi ucap ‘selamat menanti’ kepada pembangkang di Kedah 

Sanusi ucap ‘selamat menanti’ kepada pembangkang di Kedah 

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan mana-mana gabungan parti boleh memasang cita-cita untuk mentadbir negeri ini. 

Bagaimanapun katanya, pemilihan pentadbiran dalam kerajaan negeri itu tetap berpaksi kepada sistem demokrasi politik iaitu melalui undi rakyat dalam pilihan raya akan datang.

“Nantilah sampai kiamat, selamat menanti. Sesiapa pun boleh memasang cita-cita, siapa yang belum dapat (jadi kerajaan negeri) dia kata, dia kerajaan menantilah. Siapa yang terlepas nak kata apa? Kerajaan yang hilang.

“Boleh pasang cita-cita, ini dunia demokrasi. Boleh beratur, dia boleh habaq kat orang tetapi tunggulah pilihan rakyat akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Amanat Menteri Besar kepada Pentadbiran Tanah Negeri, di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa gabungan itu dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) sedang mempersiapkan diri sebagai kerajaan menanti di Kedah menjelang pilihan raya akan datang. 

Perikatan Nasional (PN) menguasai 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 yang membolehkan Pas mendominasi kemenangan itu untuk mentadbir negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN