Sampai sekarang rasa sakitnya dikafirkan - Nana Mahazan - Utusan Malaysia

Sampai sekarang rasa sakitnya dikafirkan – Nana Mahazan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBELUM kehadiran media sosial, lubuk gosip artis tempatan adalah melalui portal dan laman sesawang forum sembang. Itulah definisi ‘tular’ 15 tahun lalu. Ketika itu nama penyanyi, Nana Mahazan atau Nurul Hana Che Mahazan tidak terlepas daripada menjadi bahan hinaan dan kritikan warga maya. Tetap pedas dan ‘membunuh’ walaupun mungkin gelombang tular itu tidak sebesar dunia media sosial hari ini.

Penampilan bekas peserta program Akademi Fantasia musim pertama itu sering menjadi tumpuan. Dia sering dianggap seksi dengan imej baju nampak perut yang sudah menjadi ‘tanda dagang’ dengan gaya rambut berwarna-warni.

“Waktu itu saya muda, baru 20-an tidak banyak perkara yang saya tahu. Tapi sampai sekarang terkesan bila ada yang kafirkan saya dan doakan masuk neraka. Sebenarnya, bila saya dapat kata-kata begitu, lagilah kita mahu memberontak dan berada di kancah kehinaan.

“Ibaratnya kalau saya buat jahat, orang yang mengata saya akan dapat ‘saham’ jugakan?

“Ketika itu pula depresi bukankah sesuatu yang popular diperkatakan. Tapi saya ingat pernah berada di fasa tersebut. Cuma saya masih ada sekelumit iman dan fokus untuk bekerja buat keluarga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Pernah melalui kecaman, Nana yang juga penyampai radio Zayan berharap agar masyarakat lebih berhati-hati dalam berkata-kata. Memberi teguran tidak seharusnya bernada menghukum dan menghakimi.

“Kalau mahu tulis apa-apa di media sosial, tulislah baik-baik. Itu akan memberi impak kepada hidup seseorang sama ada baik atau membuatkan dia makin tersasar.

“Saya melalui kecaman dan kejian orang. Memang salah kalau pakai skirt sejengkal tapi bila dimaki, adakah itu yang membuatkan seseorang itu menjadi baik?” jelasnya.

Ingin ke syurga bersama suami

Apabila semakin meningkat dewasa, penyanyi Katakan itu mula bertanya makna tujuan hidup seterusnya membuatnya semakin mendekati agama. Nana yang berkahwin pada 2009 dengan seorang mualaf, Mohamed Raqeem Brian turut bersyukur suaminya turut sama-sama berminat memahami agama Islam.

“Brian adalah seorang manusia yang tidak perlu dipaksa-paksa. Dia banyak bertanya, contohnya mengapa saya solat sebelum azan Subuh. Jadi saya terangkan sedikit demi sedikit kepadanya.

“Kadang saya kata, kalau saya masuk syurga, saya mahu dia ada sekali. Sejujurnya, dia lebih banyak baca al-Quran berbanding saya. Kami banyak mengajak mendekati agama dengan menunjukkan contoh yang baik kepada satu sama lain.

“Sekarang tujuan utama hidup saya sangat jelas iaitu ingin berkongsi kebaikan dengan lebih ramai orang,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya