Saksi pendakwaan beri keterangan palsu ditahan SPRM

Saksi pendakwaan beri keterangan palsu ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini menahan seorang saksi pendakwaan kerana memberi keterangan palsu di mahkamah.

Menurut sumber, lelaki berusia 35 tahun yang merupakan seorang kontraktor ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Mersing kira-kira pukul 9 malam tadi.

Difahamkan, suspek merupakan saksi pendakwaan ke-12 dan telah memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Walau bagaimanapun, keterangannya tidak selaras dengan pernyataan yang diberikan sebelum ini kepada pegawai penyiasat SPRM pada 2022 dan 2024.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN