Sabah salur bantuan Syukur kepada 100,000 keluarga miskin

Sabah salur bantuan Syukur kepada 100,000 keluarga miskin

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 100,000 keluarga miskin dan miskin tegar menerima bantuan RM300 setiap bulan melalui program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Syukur) hasil inisiatif kerajaan negeri terhadap rakyatnya bermula bulan ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan sepanjang tempoh setahun itu dikreditkan ke akaun penerima dan dibayar secara tunai dan dijangka membantu meringankan bebanan rakyat serta mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

Katanya, banyak lagi bantuan diberikan kerajaan negeri termasuk kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga pelajar tingkatan lima dan enam.

“Sekarang kita juga sedang merancang mahu bagi bantuan kepada rakyat agar dapat meringankan bebanan mereka. Jadi tunggu sahaja pengumuman akan datang,” katanya semasa melancarkan Projek Penyimpanan Minyak Petroleum dan Loji Penapisan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Program Syukur akan dilancarkan esok di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah di Tuaran. 

Melalui program berkenaan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan diberikan kepada penerima yang layak dalam kalangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar bermula Januari hingga 31 Disember.

Pembayaran bagi program Syukur dilakukan pada setiap tiga bulan dengan bayaran RM900 yang akan dikreditkan ke akaun penerima yang mempunyai akaun bank dan dibayar secara tunai bagi mereka yang tiada akaun bank.

Pembayaran fasa satu pada Januari-Mac akan diagihkan bermula Februari manakala fasa kedua (April-Jun 2025), diagihkan bermula April, fasa ketiga (Julai-September 2025) diagihkan bermula September 2025 dan fasa keempat (Oktober-Disember 2025) diagihkan pada Oktober 2025.

Mengenai projek Pembinaan Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum yang dijangka bermula pada April, ia memperlihatkan Sabah berpotensi besar dalam sumber minyak dan gas.

“Projek berkenaan bakal menyaksikan pembinaan loji penapisan minyak berkapasiti sehingga 150,000 tong sehari (BPD) dengan kemudahan penyimpanan minyak sebanyak 3 juta meter padu bagi minyak mentah dan produk petroleum yang telah ditapis.

“Ini adalah satu lagi pelaburan baharu yang strategik yang pasti akan mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai hab industri minyak dan gas di rantau ini.

“Dengan keluasan tanah 400 ekar di SOGIP, projek ini bukan saja mampu membawa pelaburan asing langsung (FDI) bernilai lebih USD 3.5 bilion (RM15.5 bilion) tetapi bakal mewujudkan hampir 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya