Sabah bakal jadi hab tenaga Asia Tenggara

Sabah bakal jadi hab tenaga Asia Tenggara

HAJIJI Noor (tiga kanan) dan Abdul Rahman Dahlan (empat dari kiri) semasa Majlis Pelancaran Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas di SICC, Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah akan muncul sebagai hab utama dalam sektor tenaga di Asia Tenggara apabila projek hab tenaga, minyak dan gas bernilai RM8.88 bilion siap dibina.

Projek yang bakal dibangunkan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) oleh Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC) dengan kerjasama syarikat antarabangsa, Gibson Shipbrokers Limited itu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek berkenaan akan membuka lebih banyak peluang kerjasama, inovasi serta pembangunan dalam sektor minyak, gas dan tenaga yang memberi manfaat kepada industri serta komuniti tempatan.

“Pembangunan SOGIP akan memberi penekanan yang kuat terhadap kelestarian alam sekitar.

“Memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah mengurangkan penggunaan karbon, maka integrasi sumber tenaga yang lebih bersih seperti gas asli cecair (LNG) memainkan peranan penting dalam strategi peralihan tenaga negara,” katanya semasa Majlis Pelancaran Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi SOGDC, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, projek bernilai tinggi itu mampu meletakkan Sabah sebagai pembekal minyak dan gas strategik.

“Kita telah mendapat pelaburan antarabangsa daripada Singapura, United Kingdom (UK), Filipina, Jepun dan Arab Saudi dengan nilai sekitar AS$2 billion.

“Projek ini sangat menarik kerana ia akan meletakkan Sabah sebagai hab simpanan hadapan bagi pengeluar utama minyak dan gas di Asia Barat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya