RUU Perkhidmatan Parlimen 2025, RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) dibentang Isnin ini

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025, RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) dibentang Isnin ini

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025, RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) dibentang Isnin ini. – GAMBAR JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 pada Isnin ini dalam persidangan Dewan Rakyat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan membuat bacaan pertama dan memperincikan kedua-dua RUU berkenaan.

Beliau berkata, Jemaah Menteri turut bersetuju dan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bacaan kali kedua yang dijangka pada 4 Mac depan.

“RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 merupakan langkah pertama dalam usaha mereformasi institusi dan penambahbaikan terhadap institusi demokrasi utama negara, iaitu Parlimen.

“RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 pula akan dibawa bagi membolehkan Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat menganggotai Majlis Parlimen tersebut.

Jelasnya, penggubalan undang-undang ini adalah bukti iltizam Kerajaan Madani terhadap usaha melaksanakan agenda reformasi serta memperkukuh institusi-institusi demokrasi dalam negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya