Rumah Terbuka Mekdi sambut keriangan dan kemakmuran Tahun Baru Cina.

Rumah Terbuka Mekdi sambut keriangan dan kemakmuran Tahun Baru Cina.

MAJLIS Rumah Terbuka Tahun Baru Cina McDonalds, di McDonalds Bandar Sri Damansara, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: McDonald’s Malaysia buat julung kali menganjurkan Rumah Terbuka Mekdi sempena Tahun Baharu Cina dengan hasrat akan  membawa keriangan dan kemakmuran kepada komuniti setempat sempena perayaan itu. 

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee berkata, rumah terbuka itu dianjurkan bagi meraikan masyarakat yang sentiasa menyokong peneraju rangkaian restoran makanan segera terkemuka dunia itu. 

“Selama ini, McDonald’s telah membina hubungan erat dengan komuniti sekitar, jadi tahun ini kami melakukan lebih lagi dengan membuka acara ini kepada orang ramai untuk menikmati hospitaliti kami bersempena Kempen Kemakmuran. 

“Kemakmuran bukan sekadar kekayaan barangan tetapi mengenai hubungan dan persahabatan. Kami ingin memberi kembali kepada masyarakat yang telah menyokong kami selama ini dan percaya dalam mencipta detik-detik kegembiraan untuk semua,” katanya kepada media selepas merasmikan acara itu restoran McDonald’s Bandar Sri Damansara.

Tambah Mei Lee, rumah terbuka yang penuh kemeriahan itu juga akan diadakan di McDonald’s Kota Laksamana, Melaka pada 8 dan 9 Febuari di McDonald’s Greenlane, Pulau Pinang bagi meraikan perayaan ini dengan pelbagai aktiviti menarik telah dirancang. 

Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menawarkan set hidangan Prosperity Burger secara percuma kepada semua tetamu sebagai tanda penghargaan khas dari 6 petang hingga 7 malam di ketigatiga lokasi Rumah Terbuka Mekdi Tahun Baharu Cina.

Melalui Kempen Kemakmuran, McDonald’s Malaysia berhasrat mencipta detik bermakna yang meraikan nilai kemesraan dan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan serta komuniti.

Rumah terbuka yang diadakan di restorannya di Bandar Sri Damansara hari ini menampilkan pelbagai acara menarik, termasuk persembahan tarian singa, sesi ‘Lau Sang’ dengan kentang berlingkar McDonald’s Prosperity Lou-Lou serta pertunjukan bunga api yang memukau.

Selama lebih sedekad, McDonald’s Malaysia telah meraikan perayaan Tahun Baharu Cina dengan menyebarkan keceriaan melalui lawatan ke rumah kebajikan warga emas, namun tahun ini sambutan diperluaskan kepada pelanggan dan komuniti di lokasi terpilih. 

McDonald’s Malaysia yang telah beroperasi selama 42 tahun mempunyai lebih 370 restoran di seluruh negara dengan menerima lebih sembilan juta pelanggan setiap bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya