IPOH: Kawan-kawan menjauhkan diri merupakan antara detik pilu yang dilalui oleh Roshila Mohd. Rozlan, 50, selepas disahkan menghidap kanser payudara pada November 2018. Kata ibu kepada enam orang anak itu, sejak itu dia tidak lagi diajak untuk bersosial manakala aktiviti yang selama ini dilakukan bersama dibuat tanpa pengetahuannya. “Paling menyedihkan apabila kawan-kawan menjauhkan diri setelah mengetahui saya menghidap kanser. Mereka beranggapan saya tiada harapan untuk sembuh dan kembali sihat. Apabila saya mahu turut serta, aktiviti tiba-tiba ditangguhkan,” katanya kepada Utusan Malaysia. Sebelum ini, Roshila bekerja sebagai kerani dan menjadi tenaga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya