RM7.52 juta bantu fakir, miskin sambut Ramadan

RM7.52 juta bantu fakir, miskin sambut Ramadan

RAHMAD Mariman menyampaikan sumbangan zakat fitrah kepada seorang penerima di Ayer Molek, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 8,781 ketua isi rumah asnaf fakir dan miskin di negeri ini akan menerima sumbangan zakat fitrah dan fidyah berjumlah keseluruhan RM7.52 juta daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia sebagai bantuan bagi persediaan menjelang Ramadan yang mana setiap ketua isi rumah asnaf fakir menerima RM400, asnaf miskin RM250 dan setiap isi rumah pula menerima tambahan RM100 setiap seorang.

“Bantuan persediaan Ramadan dan Fidyah merupakan salah satu bentuk bantuan zakat yang disediakan oleh MAIM, khusus kepada penerima bantuan zakat sama ada bulanan atau tahunan pada setiap tahun. 

“Bantuan ini adalah merupakan pengagihan awal yang dibuat untuk kutipan zakat fitrah pada 2025. MAIM memperuntukkan RM7.52 juta untuk Ramadan sahaja dan untuk keseluruhan sebenarnya ia dapat membantu lapan golongan asnaf ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadan (Zakat Fitrah) dan Wang Fidyah di Ayer Molek di sini, hari ini.

Tambah Rahmad, peningkatan jumlah kutipan zakat keseluruhan yang dicapai pada 2024 adalah sebanyak RM141 juta, meningkat hampir RM13 juta berbanding kutipan 2023 iaitu RM128.3 juta. 

Menurutnya, berikutan daripada kenaikan kos keperluan harian yang melanda dunia, MAIM bersetuju mengagihkan zakat fitrah berjumlah RM5.37 juta dan fidyah RM1.55 juta.

“Dengan adanya bantuan ini diharap dapat memberikan mereka semangat untuk menjalankan ibadah dengan lebih baik dan khusyuk, seterusnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya