KUALA LUMPUR: Sebanyak RM50 juta sudah dibelanjakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kategori miskin dan miskin tegar di seluruh negara untuk membeli barangan keperluan asas. Jumlah yang dibelanjakan setakat 5 Februari lalu itu didapati dibelanjakan para penerima terlibat di 1,600 pasar raya dan kedai runcit. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan sejak 15 Januari lalu sudah mula menyalurkan Sara melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih. Kata beliau, penyaluran bantuan itu melalui penggunaan MyKad turut diperluaskan ke Sabah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya