RM2.25 bantuan kelengkapan sekolah anak peneroka Felda

RM2.25 bantuan kelengkapan sekolah anak peneroka Felda

AHMAD Shabery Cheek (empat dari kanan) menyampaikan replika sumbangan bantuan set persekolahan kepada wakil sekolah di Felda Perasu Gua Musang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Felda melalui anak syarikatnya, FGV Holdings Berhad (FGV) memperuntukKan RM2.25 juta untuk 15,000 murid tahun satu yang merupakan anak peneroka Felda di seluruh negara menerima bantuan kelengkapan sekolah secara berfasa.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban kewangan ibu-bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.

Katanya, penyerahan kelengkapan persekolahan itu melibatkan tanah rancangan lain seperti di Felda Trolak, Jengka, Mempaga dan Raja Alias di Terengganu.

“Tajaan ini adalah untuk anak-anak peneroka Felda di seluruh negara dengan persiapan barangan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah, set alat tulis, beg sekolah, stokin dan kasut sebagai persediaan  memulakan sesi akademik 2025. 

“Program  ini bermula dengan penyerahan sumbangan kepada 555 murid tahun satu di wilayah Felda Gua Musang,” katanya selepas merasmikan program Selamat Datang ke Sekolah 2025 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Fakhrunniam Othman di Felda Perasu, Gua Musang, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya