RM1,500 masih rendah, perlu selaras harga racun, baja – Sanusi

RM1,500 masih rendah, perlu selaras harga racun, baja – Sanusi

Sanusi pada program Amanat Menteri Besar kepada Pentadbiran Tanah Negeri di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan berkuatkuasa 16 Februari ini masih rendah berbanding kos input pertanian.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, ketika ini petani terpaksa menanggung kos minimum input penanaman padi sebanyak RM1,600 sekali gus mengakibatkan golongan itu masih terbeban.

“Jadi, apabila ditetapkan harga RM1,500 itu, harga input kena turunkan, kena kawallah harga itu. Kalau harga padi boleh dikawal kenapa harga input tidak boleh dikawal.

“Saya rasa kadar minimum kos input sebenar adalah RM1,600, masih di bawah (harga lantai belian baharu),” katanya dalam sidang akhbar program Amanat Menteri Besar kepada Pentadbiran Tanah Negeri di sini hari ini.

Hari ini, kerajaan bersetuju untuk menyelaraskan harga lantai belian padi kepada RM1,500 bagi setiap tan berkuat kuasa 16 Februari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian seperti baja, racun dan sebagainya.

Mengulas lanjut kata Muhammad Sanusi, dengan penetapan harga baharu itu kerajaan perlu menyelaras semula harga input pertanian berkenaan supaya petani tidak terus terbeban menanggung kos penanaman yang tinggi setiap musim.

“Kerajaan kena kuatkuasa, harga racun dan baja kena bagi murah supaya petani boleh tampung kos mereka. Harapan saya harga lantai sepatutnya RM1,800.

“Kalau tidak dapat harga itu usahalah kurangkan kos, bagilah subsidi diesel, tengok subsidi benih balik. Tengok racun dan hal-hal kos input pertanian kalau tidak boleh harga RM1,800. Harga kos kena murah baru boleh balik modal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya