RM10 juta bantu mangsa banjir sejak 2019

RM10 juta bantu mangsa banjir sejak 2019

DR. LO Nyok Mooi (empat dari kanan) menyerahkan makanan sejuk beku kepada Siti Zailah Mohd. Yusoff sebagai gimik penyerahan di Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Yayasan Mu­hibbah Berhad (YMB) mengeluarkan peruntukan lebih RM10 juta bagi keperluan barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di seluruh negara sejak 2019.

Pengarahnya, Dr. Lo Nyok Mooi berkata, jumlah keseluruhan melibatkan pelbagai bara­ngan keperluan itu merupakan hasil sumbangan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persendirian dari luar negara iaitu China, Taiwan, Singapura serta Vietnam.

Katanya, sumbangan yang disalurkan antaranya peralatan perabot, makanan sejuk beku, barangan elektrik, pakaian, ka­sut, set kelengkapan penjagaan diri, ubat-ubatan dan lampin pakai buang.

“Bantuan itu melibatkan mang­sa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Melaka, Se­­langor, Negeri Sembilan dan Perak.

“Kami prihatin dengan nasib orang ramai yang terjejas banjir dan mengagihkan bantuan tanpa mengira bangsa yang memerlukannya mengikut keperluan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan YMB dan Parlimen Rantau Panjang di sini, kelmarin.

MoU itu bagi menubuhkan bank makanan dan bantuan bencana di Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang bermula tahun ini sehingga Disember 2026.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, sumbangan bantuan banjir sa­ngat bermakna dalam membantu kira-kira 30,000 ketua isi rumah yang terjejas dan golongan asnaf di kawasan berkenaan.

Katanya, bagi peringkat permulaan, pihaknya sudah menerima sebanyak RM1 juta daripada YMB semasa musibah baru-baru ini.

“Kita akan menerima keperluan barangan berkenaan termasuk peralatan perabot seba­nyak lima kontena dari negara luar yang diuruskan YMB.

“Saya akui bahawa peruntukan untuk setiap parlimen sudah ada, tetapi ia tidak mencukupi untuk membantu rakyat di Rantau Panjang yang terjejas dengan banjir dan golongan asnaf,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya