Reman suspek kes bunuh Norshamira disambung seminggu

Tempoh reman suspek kes bunuh Norshamira disambung seminggu

SUSPEK yang memakai baju lokap dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk permohonan menyambung tempoh tahanan reman. - UTUSAN/SHEIKHAHMADRAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tempoh tahanan reman suspek pembunuhan kejam, Norshamira Zainal, 37, yang berakhir hari ini disambung seminggu lagi. 

Majistret Mahkamah Jenayah, Nor Izzati Zakaria membenarkan permohonan tempoh reman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu disambung sehingga 28 Februari ini. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, proses sambung reman itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis telah mendapatkan perintah sambung reman terhadap suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi. 

Terdahulu media melaporkan penemuan mayat peniaga wanita dipercayai dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, 13 Februari lalu. 

Polis  kemudian menahan suspek utama pembunuhan terbabit dalam serbuan yang dilakukan sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembusu, Gong Badak, Kuala Terengganu, Sabtu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya