Remaja maut motosikal rempuh lembu

Remaja maut motosikal rempuh lembu

KEADAAN motosikal jenis Honda EX5 yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.- IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Felda Chiku 3, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, Muhammad Hanif Asraf Mohd. Mazlan, 19, yang berasal dari Felda itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Chiku 3, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden  Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah jalan utama Felda Chiku 1 menghala masuk ke Jalan Chiku 3.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, seekor lembu dipercayai tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak sebelum merempuh haiwan tersebut. Muhammad Hanif terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah. Mangsa dibantu oleh orang awam sebelum dibawa ke Klinik Felda Chiku 3,” katanya di sini hari ini.

Choon Foo berkata, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di klinik tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya