Rekha pertahankan Aishwarya Rai - Utusan Malaysia

Rekha pertahankan Aishwarya Rai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pelakon bertaraf legenda, Rekha menyelar media tempatan yang menyerang dan menggelar rakannya, Aishwarya Rai sebagai individu ‘plastik’.

Kata bintang Bollywood berusia 70 tahun itu, dia simpati dengan Aishwarya dan sedia mempertahankan aktres tersebut daripada kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

“Aishwarya adalah individu yang paling saya kagumi, dan saya tidak bersetuju apabila media menggelarkannya plastik.

“Saya sedia mempertahankan dia kerana saya simpati dengan nasibnya. Aishwarya sudah berada lama dalam industri dan layak dihormati,” katanya kepada media tempatan.

Aishwarya sebelum ini puas digelar plastik oleh pembencinya gara-gara kecantikan yang dimilikinya.

Kata Rekha lagi, dia memahami cabaran dihadapi Aishwarya kerana pernah berdepan situasi yang sama sebelum ini.

“Saya sering dikecam, sehinggalah saya buktikan kemampuan dalam filem Umrao.

“Aishwarya adalah khazanah negara kita. Dia tidak perlu ke Hollywood untuk membuktikan kemampuannya.

“Siapa orang-orang ini yang mempertikaikan pencapaiannya? Tiba masanya kita hargai dia,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya