Rapid Bus sasar peningkatan 20,000 penumpang bas

Rapid Bus sasar peningkatan 20,000 penumpang bas

PERKHIDMATAN lorong bas yang diperluas dan ditambah baik hasil kerjasama Rapid Bus dan Jabatan Kerja Raya Selangor yang dilaksanakan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur di sini semalam. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) menyasarkan 20,920 penumpang bagi pelaksanaan pemanjangan lorong bas dengan peningkatan sebanyak 43 peratus serta mengurangkan masa perjalanan daripada 67 minit kepada 37 minit bermula semalam.

Ketua Pembangunan dan Infrastruktur Rapid Bus, Zainurul Hakim berkata, ia bertujuan meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan terhadap pengangkutan awam, sekali gus menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada perkhidmatan berkenaan.

Katanya, ini turut mendorong pengurangan kesesakan lalu lintas dengan mengubah cara perjalanan daripada menggunakan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.

“Lorong bas di Jalan Ampang dapat menjimatkan masa perjalanan sebanyak 30 minit pada waktu puncak yang melibatkan dua jajaran iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

“Inisiatif ini merupakan langkah strategik bagi meningkatkan keberkesanan pengangkutan awam di ibu negara,” katanya ketika ditemui pada tinjauan Rapid Bus bersama media di Stesen LRT, di sini semalam.

Rapid Bus memperluaskan kemudahan laluan bas susulan kejayaan pelaksanaan perluasan laluan sepanjang tiga kilometer (km) pada 3 Julai 2023.

Zainurul berkata, pe­laksanaan percubaan lo­rong bas itu melibatkan dua seksyen utama iaitu dari susur masuk ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) sehingga Persimpangan Jalan Mamanda 1 dan dari Hentian Bas Bandar Baru Ampang sehingga susur keluar ke Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya