Rangka manusia ditemukan di ladang kelapa sawit

Rangka manusia ditemukan di ladang kelapa sawit

ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi penemuan rangka manusia di sebuah ladang kelapa sawit di Siliau, Port Dickson pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Satu rangka manusia ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit dekat Siliau, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, rangka itu ditemukan orang awam yang ingin membaiki paip bocor di kawasan itu yang kemudiannya menghubungi Balai Polis Lukut.

Menurutnya, siasatan lanjut di lokasi itu kemudiannya menemukan satu tengkorak dan beberapa rangka tulang dipercayai anggota badan manusia tidak jauh dari tempat tengkorak dijumpai.

“Bagaimanapun, pemeriksaan di kawasan sekeliling tidak menjumpai sebarang dokumen peribadi, pakaian, senjata atau identiti yang boleh mengesahkan butiran tengkorak tersebut.

“Selain itu, tiada sebarang kesan perlakuan jenayah dikesan di lokasi tersebut. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkan kepada Ketua Polis Balai Lukut, Sub Inspektor Lim Hooi Boon di nombor 06-647 2222 atau 016-3318360.

Sementara itu, penduduk setempat yang ditemui, M. Saravanan, 41, berkata, dia terkejut sebaik dimaklumkan pelanggan kedai makannya terdapat rangka manusia ditemukan kurang dua kilometer dari kedainya.

“Pada hujung bulan Disember lalu, memang ada seorang warga emas lelaki di taman berdekatan lokasi telah hilang. Usianya sekitar 60-an. Dulu dia selalu juga makan di kedai ini.

“Tidak pasti sekiranya ada kena mengena atau tidak, namun perkara ini benar-benar mengejutkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya