‘Ramai tinggal Kementerian Kesihatan, yang rugi rakyat’

‘Ramai tinggal Kementerian Kesihatan, yang rugi rakyat’

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah meluahkan kebimbangan terhadap masa depan sektor kesihatan awam negara ini.

Beliau turut berkongsi mengenai keputusan sepupunya, seorang doktor hospital kerajaan yang memilih untuk menerima tawaran kerja di New Zealand, mencerminkan cabaran dihadapi oleh sektor kesihatan tempatan.

Dalam satu hantaran di Facebook semalam bertajuk ‘Selamat Tinggal KKM’, Dr. Rafidah menyifatkan sepupunya sebagai seorang doktor yang rajin dan berdedikasi serta sudah hampir menamatkan program kepakaran parallel dalam bidang perubatan kecemasan.

“Ibu beliau pesara guru, arwah ayah seorang pegawai tinggi kerajaan (PTD). Beliau bekerja di Jabatan Kecemasan dan sudah hampir tamat program kepakaran parallel beliau,” katanya.

Merujuk kepada cadangan sistem syif Waktu Bekerja Berlainan (WBB) yang sudah dibatalkan, Dr. Rafidah mendakwa ia dilaksanakan tanpa perbincangan menyeluruh dan memberi tekanan kepada doktor serta petugas kesihatan.

“Di Jabatan Kecemasan, mereka bekerja syif. Sama seperti paramedik, mereka disuruh bekerja 45 jam. Tambah jam. Tidak diberi kesempatan memberi pendapat, tiada libat urus. Tahu-tahu suruh implementasi di lapangan,” katanya.

Beliau berkata, sepupunya juga tidak teragak-agak untuk menerima tawaran bekerja di New Zealand sekali gus meninggalkan Kementerian Kesihatan.

“Ramai yang dah meninggalkan (KKM). Jika ini bukan tanda kapal karam, saya tak tahu apa lagi yang perlu dikatakan.

“Dia tidak rugi, saya tidak rugi (sebab boleh jalan-jalan). Yang rugi, adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya