Ramadan madrasah terbaik didik integriti, disiplin - Anwar

Ramadan madrasah terbaik didik integriti, disiplin – Anwar

ANWAR Ibrahim berucap di hadapan pelajar selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini disaran untuk mengamalkan sikap ihsan dan beradab bagi memaknai ibadah mereka sempena kedatangan bulan Ramadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ramadan merupakan madrasah terbaik untuk mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.

“Ramadan menyedarkan kita tentang empati, keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Masalah kita apa? Ritual (ibadah) pandai semua tetapi penghayatannya kurang,” katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat bersama warga dan pelajar di Masjid Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Sambutlah Ramadan Dengan Kesyukuran’ yang disampaikan sendiri oleh pengetua SAS, Nor Azam Abdullah.

Dalam pada itu, Anwar turut menekankan mengenai kepentingan menerapkan nilai adab dalam falsafah pendidikan anak-anak muda di negara ini.

“Jika adab tidak ada, (kita mungkin) cemerlang dengan segala kekayaan dan kemewahan tetapi ada peluang sakau, ada peluang kecam, ada peluang tindas.

“Ini maknanya pendidikan tanpa etika dan nilai moral,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya