PETALING JAYA: Pelakon popular, Syafiq Kyle dan Mini Lana dilaporkan bernikah pada petang Jumaat.
Majlis akad nikah dilaporkan diadakan secara tertutup di kampung kelahiran Mimi, Taiping, Perak.
Mimi dan Syafiq tidak menghebahkan perkara ini kepada orang ramai namun saling memuat naik gambar cincin di jari di Instagram.
Lebih menguatkan lagi dakwaan itu apabila ramai rakan artis mengucapkan ‘tahniah, di hantaran terkini kedua-dua pasangan itu termasuk Mira Filzah, Sharnaaz Ahmad dan Tracie Sinidol.
Terdahulu, kedua-dua pasangan itu mengakui mereka saling berkawan baik setelah perkahwinan yang sepatutnya diadakan di 18 Ogos 2023 dibatalkan tiba-tiba.
Masing-masing saling mengunci mulut mengenai punca pembatalan majlis tersebut sehingga kini. -UTUSAN