Raja Salman sumbang 25 tan buah kurma sempena Ramadan

Raja Salman sumbang 25 tan buah kurma sempena Ramadan

MOHD. NA’IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menerima sumbangan sebanyak 25 tan buah kurma daripada Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sempena kedatangan bulan Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia sebagai inisiatif kemanusiaan yang menzahirkan hubungan erat antara Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah Islamiyyah dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Raja Salman serta Kedutaan Arab Saudi atas sumbangan yang sangat bermakna ini. 

“InsyaAllah, buah kurma ini akan diagihkan ke seluruh negara termasuk masjid-masjid dan surau-surau agar dapat dinikmati oleh umat Islam di Malaysia. Semoga pemberian ini membawa keberkatan dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat kita sepanjang bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan itu di sini, hari ini.

Mohd Na’im berkata, buah kurma yang disumbangkan adalah antara yang terbaik dari segi kualiti, tahan lama serta boleh disimpan dalam keadaan baik tanpa mudah rosak.

“Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan Arab Saudi dalam memastikan kualiti sumbangan mereka kepada umat Islam di seluruh dunia.

“Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan kerajaan Arab Saudi dalam memperkukuhkan hubungan persaudaraan dengan negara-negara Islam serta membantu masyarakat dalam membuat persiapan menyambut Ramadan,” katanya.

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al-Sulaim pula berkata, hadiah itu bukan sekadar pemberian material tetapi merupakan satu mesej cinta dan solidariti daripada Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia.

Katanya, ia datang dalam kerangka program tahunan yang bertepatan dengan kedatangan bulan Ramadan untuk menegaskan nilai-nilai rohani dan persaudaraan yang diwakili oleh bulan rahmat, kebaikan dan keberkatan.

“Program kemanusiaan ini mencerminkan dimensi budaya dan kemanusiaan yang mendalam dari serta keprihatinan untuk memperkukuh hubungan dengan negara-negara persaudaraan dan rakan-rakan di seluruh dunia,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya