Rai Valentine tanda kejahilan

Rai Valentine tanda kejahilan

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rai Valentine tanda kejahilan

Soalan

Kenapa ada segelintir umat Islam masih meraikan Hari Kekasih walaupun itu bukan budaya Islam?
Syahidah
Seremban

JAWAPAN
Mereka yang meraikan hari kekasih atau Valentine adalah kerana kejahilan dan syahwat. Budaya kotor Barat tidak boleh diikuti oleh masyarakat kita kerana ia meruntuhkan nilai dan akhlak penganut Islam.

Memaki pengguna jalan raya

Soalan
Beberapa hari lepas ketika saya hendak meletakkan kenderaan , saya secara tidak sengaja memaki seorang lagi pemandu yang mengambil parking lot saya itu.
Saya termakinya dalam kereta. Adakah saya berdosa besar? Adakah saya perlu meminta maaf kepada pemandu berkenaan. Hati saya tidak tenang sebab tidak dapat mengawal perasaan tapi saya rasa bersalah dan berdosa sebab tidak berpatah balik untuk meminta maaf. Saya jadi segan, walaupun saya tidak tahu siapa pemandu berkenaan. Mohon penjelasan. Terima kasih ustaz.

Ingin tahu

JAWAPAN
Memaki ada suatu perkara yang terlarang walaupun orang itu bersalah. Cukup dengan teguran dan nasihat. Elok sangat kalau mampu memohon maaf daripadanya jika berpeluang berbuat demikian.

Hukum meletak gambar dalam rumah

Soalan
Bolehkah kita sebagai Muslim meletak gambar manusia seperti gambar keluarga pada dinding rumah. Adakah dibolehkan atau apa hukumnya?
Kassim
Alor Setar

JAWAPAN
Tidak salah meletakkan gambar keluarga di dinding sebagai kenangan kerana gambar bukanlah patung yang terlarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya