Pusat Dialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara

Bumbung runtuh: Pusat Dialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara

DR. Zaini Hussin (kiri) beramah mesra bersama  kanak-kanak yang menyertai Program Khatan Perdana di Hospital Tanah Merah, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Pusat Dialisis Hospital Pasir Mas di sini ditutup buat sementara susulan bumbung bangunan itu runtuh malam tadi atas faktor keselamatan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, semasa kejadian tiada pesakit yang menjalani rawatan dan punca sebenar runtuhan masihi dalam siasatan.

“Kebiasaannya, seramai  60 pesakit yang menjalani rawatan dialisis di sini,” katanya semasa Program Khatan Perdana Hospital Tanah Merah, di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, susulan runtuhan itu, semua pesakit yang menjalani rawatan dialisis ditempatkan di hospital berdekatan.

Terdahulu dilaporkan, warga Hospital Pasir Mas dikejutkan dengan kejadian bumbung runtuh yang berlaku pusat dialisis hospital berkenaan kira-kira pukul 11.45 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya