Pulau Pinang : 235,305 murid, pelajar mula bersekolah semalam

Pulau Pinang : 235,305 murid, pelajar mula bersekolah semalam

WAN Sajiri Wan Hassan berucap semasa meninjau sesi hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Seramai 235,305 orang murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan di 396 buah sekolah di Pulau Pinang bagi sesi 2025/2026, semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Wan Sajiri Wan Hassan berkata, daripada jumlah itu, seramai 20,192 murid mengikuti pengajian tahun satu di 269 buah sekolah rendah.

Pada masa yang sama, 16,814 pelajar pula memulakan pengajian di tingkatan satu iaitu di 127 buah sekolah menengah di negeri ini.

“Selain sekolah rendah dan menengah, terdapat 8,016 murid yang mengikuti pengajian prasekolah,” katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa meninjau sesi hari pertama persekolahan di Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah.

Dalam perkembangan lain, Wan Sajiri berkata, purata setiap kelas di sekolah di negeri ini hanya mempunyai antara 30 hingga 35 pelajar sahaja pada satu-satu masa.

Katanya, di Pulau Pinang juga, tidak banyak sekolah yang menjalankan sesi pengajian dua sesi iaitu pagi dan petang ketika ini.

“Jika ada pun, dah berkurang berbanding sebelum ini. Dulu banyak sekolah dua sesi, tapi, mulai tahun ini dah ada yang kembali kepada satu sesi sahaja.

“Jadi, tidak banyak sekolah padat di Pulau Pinang,” katanya yang turut berharap agar tidak ada sebarang masalah timbul pada minggu pertama persekolahan sehingga mengganggu kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya