Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai perlu siap 2027 

Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai perlu siap 2027 

TIMBALAN  Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Kelantan, Saizol Ismail (dua dari kiri) menyerahkan sijil kepada pembekal sambil diperhatikan Nik Soh Yaacoub (kanan) pada Program KeCeX 2.0 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di  Bachok, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK:  Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) termasuk yang tergendala hampir tujuh bulan lalu perlu siap sepenuhnya pada hujung 2027.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Nik Soh Yaacoub berkata, pihaknya juga berharap projek berkenaan siap sebelum temasya Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung pada 2028 di Kelantan.

Katanya, projek yang tergendala itu melibatkan Pakej 2B Ketereh- Kok Lanas dan sudah mempunyai tender baharu yang diuruskan pihak syarikat kontraktor mengikut prosedur serta mengikut jadual ditetapkan selepas pemilikan tapak. 

“Apa pun kita mahu projek tersebut siap pada hujung 2027, sebelum Sukma itu nanti. Kita akui baki kos projek yang tergendala  itu berjumlah RM60 juta dan meningkat sebanyak RM13 juta iaitu dengan jumlah sekarang RM73 juta. Peningkatan jumlah itu kerana pertambahan kenaikan kos barangan,” katanya selepas Seminar Teknikal Kelantan Electrical Convention and Exhibition 2.0 (KeCeX) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya